Saturday, May 23, 2015

GOOD NEWS!HOMESTAY TELAH DI UPGRADE:)

YEY!Alhamdulillahhh berjaya mengupgrade homestay dengan penambahan DUA unit aircond menjadikan 3 unit aircond telah dipasang pada HWK!:) Semoga dengan penambahan unit aircond menggandakan keselesaan anda.Untuk update terkini sila layari facebook page kami di Homestay Warisan Kasih. Segala aktiviti sepanjang 2014 dan 2015 sentiasa di update di facebook. Untuk cuti sekolah pertengahan tahun yang akan menjelma, jangan lupa untuk cepat-cepat book tarikh anda. Untuk info, tarikh 26 May - 3hb Jun 2015 homestay 1 & 2 telah pun FULLY BOOKED. Walaubagaimanapun sila berhubung dengan kami untuk confirmation jika ada yang membatalkan percutian mereka pada last minute. Selamat menginap di HWK, keselesaan anda keutamaan kami. Menginap dengan harga bajet tapi kualiti yang tip top:) 

Monday, February 17, 2014

Homestay Warisan Kasih 1 & 2


Alhamdulillah, Homestay Warisan Kasih kini menawarkan 2 UNIT pilihan penginapan selesa untuk anda. 


WARISAN KASIH 1 dan WARISAN KASIH 2 terletak bersebelahan dan boleh dibuka melalui adjoining room jika anda menginginkan penginapan 8 bilik tidur. Lebih ruang dan peluang bagi memuatkan keluarga dan rombongan besar anda ke Terengganu*wink!*

Lokasi : Strategik di tengah Bandaraya Kuala Terengganu, berdekatan Pasar Payang dan Pantai Batu Burok.
Kemudahan : Perkhidmatan sewa van Innova di sediakan bersama pemandu.

Hubungi kami di :
0139533363 (Ku Mat)
0193167669 ( Ku Munira)



Sunday, December 2, 2012

Terima Kasih kerana memilih Warisan Kasih sebagai Destinasi Persinggahan Anda

Saturday, December 1, 2012

PROMOSI Y.E.S.!!!


Bismillah.. Alhamdulillah satu lagi bilik telah dibuka, menjadikan homestay kami memuatkan 5 bilik, dapur yang praktikal, ruang tamu lengkap dengan tv dan sofa. Kami tawarkan promosi harga homestay yang sangat berbaloi untuk anda sepanjang penginapan di  bandar Kuala Terengganu :) Tempahan awal sangatlah digalakkan! 

Saturday, November 17, 2012

Penginapan di Bandar Kuala Terengganu


Salam dari Terengganu:)
Kami menawarkan perkhidmatan homestay yang baru di pusat bandar Kuala Terengganu.


Homestay di tingkat 1, di atas shop lot Butik, Cafe Nasi Dagang dan Dobi. Berdekatan butik-butik sutera & batik, serta pelbagai lagi lokasi tumpuan pelancongan. Berdekatan dengan stesen bas utama dan hanya 15-20 minit ke airport.

10 minit berjalan kaki sahaja ke tempat makan/santai tumpuan seperti Tutti Fruiti, Secret Recipe, Restoran Nasi Arab Al-Edrus, serta kopitiam-kopitiam.  

Kemudahan homestay:
- 4 bilik yang selesa dengan perabot baru + moden
- Aircond di bilik utama
- 3 bilik air yang bersih
- Sabun badan mini disediakan di setiap bilik 
- ruang dapur dengan kemudahan microwave & pinggan mangkuk yang lengkap
- ruang tamu yang selesa
- tv, iron
- toto dan bantal tambahan disediakan
- sejadah & Quran disediakan
- Teh uncang/Nescaffe/Milo- complimentary   
- Penginapan khas untuk Muslim sahaja








                                      








InsyaAllah, semoga cuti anda di Negeri Terengganu akan lebih bermakna dengan penginapan yang selesa, murah dan berbaloi.